BRUNEI MUARA, Sabtu 15 Jun 2019 – Balai Polis Berakas, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah membuat satu penahanan ke atas seorang suspek lelaki pada 10 Jun 2019 disyaki terlibat dengan satu kejadian curi kereta yang berlaku di kawasan letak kereta belakang salah sebuah gedung membeli belah Serusop.
Seorang lelaki warga tempatan berumur 41 tahun nama Rithauddeen bin Hj Shamsuddin @ Bum pesara Tentera Udara, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pada 12 Jun 2019 telah dibawa ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan bagi sebutan kes.
Tahanan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar pada petang 15 Jun 2019 dan mengaku bersalah atas dakwaan curi Seksyen 379 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22.
Tertuduh telah dijatuhi hukuman penjara selama 12 bulan di Penjara Maraburong mulai 12 Jun 2019.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT URUSETIA PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
