TUTONGKhamis 13 Jun 2019 – Program Pendekatan Pengawasan Kejiranan (PK) telah dikendalikan oleh Balai Polis Tutong dan Balai Polis Lamunin.

Semasa perayaan Aidilfitri ini program pendekatan Pengawasan Kejiranan giat dijalankan yang mana Balai Polis Tutong dan Balai Polis Lamunin diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Tutong Inspektor Ahmad Faez bin Haji Mohd Hani, Pegawai Menguasa Balai Polis Lamunin Inspektor Muhd Zulfadli bin Haji Awang Yusof dan Pegawai Siasatan Lalulintas Daerah Tutong S/Inspektor Maressa bin Morshidi dan anggota-anggota balai menjalankan pendekatan kunjungan Aidilfitri ke rumah kediaman Awg Hj Abd Rahim bin Hj Abdullah Yakin, Penghulu Mukim Kiudang / Pemangku Penghulu Mukim Keriam Tutong dan ke rumah Ketua Kampong Sengkarai / Pemangku Penghulu Mukim Pekan Tutong, Awg Haji Mumin bin Abd Razak.

Manakala rondaan pencegahan jenayah turut dijalankan bersama Pemangku Ketua Kg Penanjong, Awg Hj Abd Majid bin Abd Wahab dan tujuh orang ahli PK Penanjong.

Mengetuai rondaan ialah Inspektor Percubaan Abdul Hakim bin Hj Mohd Salleh selaku Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Tutong dan anggota balai.

Rondaan dijalankan di sepanjang Jalan Pantai Penanjong sehingga ke Jalan Kecil Penanjong. Semasa rondaan tidak ada menjumpai sebarang kejadian jenayah atau kegiatan yang mencurigakan berlaku.

TEMBURONG – Focal Point PK Balai Polis Bangar yang diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Bangar, Penolong Penguasa Polis Pg Anak Hj Azanuddin Aman Shah bin Pg Anak Ismail Al-Haj turut membuat kunjungan hari raya ke rumah Penghulu Mukim Amo.

Kunjungan hari raya tersebut bertujuan untuk sama-sama berganding bahu dan mengeratkan silaturahim di antara Pasukan Polis Diraja Brunei bersama penghulu dan ketua-ketua kampung sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

BRUNEI MUARA – Balai Polis Pusat juga telah membuat pendekatan ke rumah Ketua Kampong Perpindahan Mata-Mata, Mukim Gadong ‘B’, Pg Muhammad Nurramzan Asri bin Pg Hj Salleh.

Hadir mengetuai pendekatan tersebut ialah Staff Sarjan 3067 Nikman bersama ahli Focal Point, beberapa anggota Balai Polis Pusat dan ahli PK dari Perpindahan Mata-Mata, Mukim Gadong ‘B’.

Selain itu, perkongsian maklumat mengenai kejadian-kejadian jenayah terkini yang telah dilaporkan dan juga peringatan mengenai dengan langkah-langkah pencegahan jenayah sepanjang hari raya ini. Di kesempatan menyambut hari lebaran pertukaran pendapat dan cadangan telah diajukan bagi tujuan meningkatkan lagi keselamatan disekitar kampung berkenaan.

Pendekatan seperti ini akan kerap diteruskan bagi mewujudkan jalinan kerjasama yang baik di antara Pasukan khususnya bersama Penghulu-penghulu, Ketua-ketua Kampung dan ahli-ahli Pengawasan Kejiranan.

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT URUSETIA PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI