KUALA BELAIT, Selasa 11 Jun 2019 – Balai Polis Sungai Liang membuat pendekatan Pengawasan Kejiranan di kediaman Haji Abd Aziz Bin Hj Gani, Ketua Kg Lumut 1.

Turut hadir Penolong Penguasa Polis (ASP) Mohammad Ameerol bin Haji Matussin, Pegawai Menguasa Balai, Balai Polis Sg Liang bersama tiga ahli Focal Point balai.

Tujuan perjumpaan adalah bagi berkongsi maklumat mengenai jenayah dan memajukan setiap perancangan berjalan dengan lancar. Perjumpaan itu juga, mengeratkan lagi silaturahim di antara penduduk kampung dan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bagi menjaga keamanan dan ketenteraman anak-anak kampung.

Sementara itu, Unit Pengawasan Kejiranan Balai Polis Seria, Lance Koperal 5976 Md Izazaya Bin Abdullah juga menjalankan aktiviti pendekatan ke kediaman Haji Saidin Bin Haji Ibrahim, Ketua Kg STKRJ Lorong 3 Seria.

Objektif pendekatan adalah bagi membincangkan mengenai operasi rondaan untuk bulan Jun dan sekaligus merancang aktiviti yang bakal dijalankan di masa mendatang.

TUTONG – Pendekatan Pengawasan Kejiranan yang diketuai oleh Inpektor Percubaan Abd Hakim bin Haji Mohd Salleh, Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Tutong bersama dua ahli Focal Point balai di kediaman Haji Abd Majid bin Hj Abdul Wahab, Pemangku Ketua Kampong Penanjong bersama empat orang ahli Pengawasan Kejiranan Kg Penanjong.

Pendekatan ini bertujuan mengeratkan hubungan di antara pasukan khususnya Focal Point Balai Polis Tutong bersama ketua-ketua kampong di bawah tadahan Balai Polis Tutong dan membincangkan mengenai jenayah terkini dan seterusnya merancang rondaan pencegahan jenayah yang akan datang.

BRUNEI MUARA, Rabu 12 Jun – Seramai lapan orang anggota dari Balai Polis Kg Ayer diketuai oleh ahli Focal Point balai Sgt 3794 Matsaini bin Hj Wahab juga membuat pendekatan ke rumah Pengarah Dato Paduka Awg Hj Ismit bin Pengarah Mukim Hj Naim, Penghulu Mukim Kampong Peramu.

Pendekatan kali ini tertumpu kepada perbincangan mengenai penambahan ahli Pengawasan Kejiranan Kampong Peramu yang masih belum mencukupi.

Dalam sesi lain, dua ahli Focal Point Balai Polis Limau Manis diketuai oleh Koperal 4044 Pg Md Iskandar Shah Bin PDP Hj Salim juga membuat pendekatan ke kediaman Haji Matassan Bin Hj Salleh, Ketua Kampong Panchor Murai.

Kunjungan ini diselajurkan dengan sempena sambutan Hari Raya di samping berkongsi maklumat dan merancang aktiviti kebajikan dan sosial yang akan diusahakan bersama.

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT URUSETIA PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI