BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin 3 Jun 2019 – Seorang perempuan warganegara Indonesia bernama Juraini berumur 19 tahun yang bekerja sebagai pembantu rumah telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan pada 3 Jun 2019. 

Kejadian tersebut dilaporkan ke Balai Polis Pusat BSB di mana suspek dipercayai telah melakukan curi telefon bimbit kepunyaan anak buah majikan di sebuah bilik semasa tidak ada penghuni di dalam rumah majikan. 

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 381 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu kerani atau pengkhidmat mencuri harta milik tuannya yang mana jika sabit hukuman tertuduh hendaklah dihukum penjara selama suatu tempoh yang tidak melebihi 7 tahun dan denda.   

Hasil daripada perbicaraan, Pihak Mahkamah telah menetapkan bagi tertuduh dibacakan dengan kesalahan di bawah Seksyen 379 iaitu curi dan tertuduh dijatuhi hukuman pemenjaraan selama 2 bulan yang bermula 3 Jun 2019. 

Pasukan Polis Diraja Brunei ingin menegaskan kepada orang ramai agar tidak terlibat dan terdorong dalam menyalahgunakan harta milik orang lain untuk kepentingan diri sendiri yang menyalahi undang-undang di negara ini. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT URUSETIA PESURUHJAYA POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI