SUNGAI LIANG, Ahad 2 Jun 2019 – Operasi sekatan jalanraya hujung minggu telah dijalankan di kawasan hadapan Masjid Zainab Lumut , Jalan Utama Lumut semalam dan kemudian itu diteruskan dengan rondaan pencegahan jenayah di kawasan Rancangan Perumahan Negara (RPN) Lumut, kawasan Kg Sungai Bakong, Kg Sungai Tali, Kg Sungai Taring dan Kg Sungai Kayu Ara. 

Seramai 5 orang anggota dari Balai Polis Sungai Liang telah mengendalikan operasi tersebut yang diketuai oleh Sarjan Mejar 2662 Tungku anak Awi. 

Tujuan lain sekatan dibuat adalah bagi membuat pemeriksaan mengejut serta mengenal pasti kenderaan yang disyaki terlibat dengan mana-mana penglibatan jenayah di negara ini.  

Pendekatan melalui ‘Stop, Search and Talk’ dikendalikan dan berakhir tidak ada mendapati kesalahan sepanjang sekatan jalanraya dijalankan. 

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan sentiasa berterusan mengadakan operasi sedemikian bagi memastikan pengguna-pengguna jalanraya patuh pada undang-undang jalanraya di samping berusaha untuk mengurangkan kadar kemalangan lalulintas yang mungkin berpunca daripada kecuaian pemandu sendiri. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT URUSETIA PESURUHJAYA POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI