BERAKAS, Jumaat 24 Mei 2019 – Bagi meraih keberkatan di bulan yang suci ini dan juga menandakan berakhirnya bacaan Al Quran 30 Juzuk yang bermula pada awal Ramadan.
Pengawasan Kejiranan Kg Jaya Setia/Kg Jaya Bakti/Kg Burung Pinggai Berakas, Mukim Berakas ‘A’ telah mengadakan Majlis Khatam Al Quran dan penyerahan sumbangan sedekah kepada anak-anak yatim bagi tahun 1440 Hijrah/2019 Masihi di Masjid Sufri Bolkiah, Perpindahan Berakas, Mukim Berakas ‘A’.

Acara penyerahan sumbangan sedekah kepada anak-anak yatim kampung berkenaan seramai 17 orang penerima dan sumbangan daripada AJK Takmir Masjid Sufri Bolkiah, Perpindahan Berakas dan orang-orang persendirian yang diketuai oleh Pemangku Ketua Kg Jaya Setia/Kg Jaya Bakti/Kg Burung Pinggai Berakas iaitu Yang Mulia Awang Haji Omar Ali Bin Haji Mohd Daud. Turut hadir ke majlis itu beberapa anggota dari Balai Polis Berakas bersama ahli-ahli PK Kg Jaya Setia/Kg Jaya Bakti.
Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti-aktiviti keugamaan tahunan, selain dapat memupuk dan menggalakkan kaedah pembacaan dibuat secara bergilir-gilir, ia juga bagi mengeratkan lagi ikatan silaturahim di antara Pengawasan Kejiranan (PK) serta penduduk-penduduk kampung bersama dengan Unit Pengawasan Kejiranan (Focal Point Balai Polis Berakas) khasnya dan Pasukan Polis Diraja Brunei amnya.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT URUSETIA PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
