BERAKAS, Sabtu 25 Mei 2019 – Keanggotaan Special Duty Balai Polis Berakas telah membuat satu penahanan ke atas seorang suspek lelaki kerana disyaki terlibat dengan satu kejadian curi yang berlaku di sebuah gedung membeli belah di kawasan Sungai Hanching.
Hasil siasatan yang dijalankan mendapati suspek dipercayai melakukan curi terhadap beberapa jenis makanan mentah iaitu udang dan ayam.
Perbuatan berkenaan telah dikenal pasti melalui rakaman CCTV yang menunjukkan suspek telah menyimpan barangan mentah tersebut di dalam satu plastik dan kemudian membawanya lari.
Suspek merupakan seorang lelaki warganegara tempatan bernama Edy Asrynirwandy bin Abdul Malik berumur 39 tahun dan tidak bekerja.
Suspek telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan bagi berdepan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 380 Kanun Hukuman Jenayah penggal 22 iaitu Curi di dalam bangunan.
Hasil daripada sebutan kes, Pihak Mahkamah telah menjatuhi hukuman ke atas tertuduh dengan pemenjaraan selama 14 hari di Penjara Maraburong yang bermula pada tarikh 25 Mei 2019.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT URUSETIA PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
