BRUNEI-MUARA, Sabtu 18 Mei 2019 – Badan Ugama Islam , Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) terus menyemarakkan bulan Ramadan dengan mengadakan ceramah sempena bulan ramadan yang berkah ini. 

Hadir bagi sama-sama mendengarkan ceramah ugama di Surau Ibu Pejabat Polis Gadong itu ialah Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy Bin Haji Muhd Shah Al Islam, Pesuruhjaya Polis PPDB. 

Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan Anggota Pangkat Rendah Pasukan Polis Diraja Brunei. 

Tajuk Ceramah pada kali ini berkisar mengenai Kelebihan dan Keagungan Bulan Ramadan yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan Ustaz Mikdar Rusdi daripada Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB). 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI