SERIA, Selasa 14 Mei 2019 – Pasukan Polis Diraja Brunei melalui Balai Polis Seria telah menghadapkan seorang suspek ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan kerana dipercayai terlibat dengan kes curi besi yang dilaporkan berlaku di kawasan Tango Group 30 E10 dan Tango Group 31 E31, E32, Jalan Panaga Seria.
Tangkapan adalah hasil maklumat daripada pemeriksaan mengejut yang dijalankan oleh keanggotaan Special Duties Balai Polis Seria di kawasan penjualan besi buruk Anduki Seria.


Suspek bernama Md. Mus Yahadi Azizie Baharin bin Md. Taib @ Baharin Anak Buking 41 tahun dan bekerja di salah sebuah Syarikat kontraktor di Daerah Belait.
Suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan pada 16 Mei 2019 bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 381 (Curi dari Majikan) Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22.
Pihak Mahkamah telah menjatuhkan hukuman pemenjaraan selama 8 bulan di Penjara Maraburong bermula pada tarikh 16 Mei 2019.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
