TUTONG, Rabu 15 Mei 2019 – Balai Polis Tutong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah berhasil menahan 2 orang individu kerana disyaki terlibat dengan kegiatan perjudian 4 digit loteri di alamat No 153 B, Kg Sengkarai Tutong.
Suspek pertama seorang lelaki warganegara tempatan bernama Soon Kian Eng berumur 52 tahun dan berniaga sendiri.
Manakala suspek kedua seorang perempuan penduduk tetap bernama Yek Siew Ling berumur 46 tahun dan bekerja sendiri telah diberkas oleh keanggotaan Special Duties Balai Polis Tutong.
Turut dirampas semasa serbuan ialah sejumlah wang tunai, kertas nombor dan slip pertaruhan. Suspek bersama barang rampasan dibawa ke Balai Polis Tutong untuk dijalankan siasatan lanjut.
Suspek akan berdepan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 4 (C) Akta Rumah Judi Terbuka Penggal 28.

Pasukan Polis Diraja Brunei mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih di atas maklumat berhubung kegiatan tersebut dan menyarankan kepada orang ramai untuk mengongsikan maklumat apa saja kegiatan-kegiatan yang mencurigakan kepada pihak Polis atau ke talian kecemasan Polis 993.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
