BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa 14 Mei 2019 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan majlis membaca Surah Yassin dan bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja. 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Pesuruhjaya Polis PPDB, Dato  Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al Islam. 

Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya Polis PPDB, Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Irwan bin Haji Hambali beserta para Pengarah, Pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota PPDB. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah seterusnya membaca Surah Yasin dan Tahlil dipimpin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, APO Sarjan Mejar 6924 Pengiran Haji Ludin bin Pengiran Haji Metahir.  

Majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja merupakan salah satu aktiviti keugamaan yang telah disusun bagi memperolehi keberkatan yang berlipat ganda bersempena bulan Ramadan ini. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI