LABI, Rabu 8 Mei 2019 – Sejumlah kepingan besi grill longkang dirampas oleh keanggotaan Balai Polis Labi semasa membuat pemeriksaan mengejut di kawasan tempat penjualan besi buruk Anduki Seria, Daerah Belait.
Semasa menjalankan pemeriksaan di tempat tersebut, sebuah kereta telah datang dengan tujuan untuk menjual barangan besi.
Walaubagaimanapun, setelah disiasat dan dijalankan pemeriksaan ke atas kereta dan seraya telah menemukan 6 keping besi longkang tersimpan di dalam kereta tersebut.
Pemandu kemudian ditahan dan disoal siasat bagi mengetahui lebih lanjut mengenai penemuan besi berkenaan.
Suspek seorang lelaki warganegara tempatan bernama Muhammad Alafiq Waffiiddin bin Muhammad Amin berumur 24 tahun dan ketika ini bertugas sebagai pembantu di salah sebuah syarikat swasta di Daerah Belait.
Suspek juga mengakui barangan besi itu diambil dari Sekolah Rendah Bukit Sawat, Labi.
Suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan pada 9 Mei 2019 bagi berdepan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 379 Curi dan Seksyen 441 Ceroboh, Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22.
Sehubungan dengan itu, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan sentiasa menjalankan pemeriksaan mengejut dan mengambil tindakan undang-undang bagi mana-mana syarikat penjualan besi buruk yang turut sama bersubahat dengan membeli barangan besi yang dicurigai dan tidak diketahui asal puncanya.

Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
