MUARA, Selasa 30 April 2019 – Seramai 60 anggota Pasukan Simpanan Polis C Kompeni yang diketuai oleh Insp Mohd Saifulnizam bin Sabli telah hadir bagi mendengarkan taklimat yang disampaikan daripada Pegawai Jabatan Keselamatan Dalam Negeri bertempat di Dewan Serbaguna, Balai Polis Muara. 

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh APO 7141 Mohd I’rfan Syahiran Bin Hj Anuar dan kemudiannya diteruskan dengan Taklimat Keselamatan Protektif yang telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Staf Tingkat 1 Hjh Nur Nilawati Binti Hj Abd Halim, Pegawai Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan diikuti dengan sesi soal jawab. 

Adapun tujuan Taklimat Keselamatan Protektif ini adalah untuk memberikan pendedahan dan meningkatkan ilmu pengetahuan kepada Pegawai dan anggota-anggota Pasukan Simpanan Polis C Kompeni di dalam tanggungjawab menjaga keselamatan maklumat-maklumat kerajaan dalam pekerjaan harian di bawah peruntukkan Akta Rahsia Rasmi Penggal 153 dan Akta Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Penggal 133. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI