LAMUNIN , Selasa 30 April 2019 – Sebuah Motorsikal jenis Scooter berjaya ditemui kembali selepas dilaporkan hilang oleh aduan ke Balai Polis Lamunin pada 30 April 2019. Kejadian berlaku di luar kawasan rumah kediaman di Kg Padnunok, Tutong.
Tindakan segera pemantauan dan siasatan yang dijalankan oleh keanggotaan Balai Polis Lamunin sehingga berjaya menemukan kembali Motorsikal tersebut dan dalam masa yang sama telah menahan 2 orang suspek yang dipercayai terlibat dengan kejadian berkenaan.

Suspek pertama bernama Adam bin Suhaili berumur 38 tahun. Manakala suspek kedua bernama Wardi bin Hj Yakob berumur 47 tahun. Kedua-dua mereka tidak mempunyai sebarang pekerjaan.
Kedua-dua suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan pada 01 Mei 2019 bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 379 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 Curi.
Hasil daripada sebutan kes, Pihak Mahkamah telah menetapkan bagi kedua tertuduh direman di Balai Polis Lamunin sehingga 4 Mei 2019 bagi siasatan lanjut.
Di kesempatan ini, Pasukan Polis Diraja Brunei ingin menyarankan kepada masyarakat awam agar tidak terlibat dan terjerumus dengan sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang kerana ianya akan merosakkan kehidupan dan kebahagiaan di masa hadapan.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
