BRUNEI MUARA, Khamis 25 April 2019 – Balai Polis Muara telah membuat rondaan pemantauan di kawasan pembuangan besi buruk bersama ahli pengawasan kejiranan (PK) Kampong Masjid Lama, Pekan Muara, Kampong Sabun.
Hadir mengetuai rondaan Sarjan Mejar 2450 Pengiran Zahari bersama tiga orang Focal Point Balai Polis Muara dan seorang ahli PK.
Tujuan rondaan pemantauan dibuat untuk memberi peringatan kepada pekerjapekerja supaya sentiasa mengambil maklumat peribadi mengenai orang-orang yang menghantar barangan di kawasan berkenaan.
SENGKURONG – Manakala Balai Polis Sengkurong membuat rondaan pencegahan jenayah bersama ahli PK Kampong Sengkurong ‘A’.
Rondaan diketuai Kopral 4426 Pengiran Razid bin Pengiran Haji Amat bersama dua anggota dan seorang ahli PK kampung tersebut.
Rondaan dibuat di kawasan rumahrumah di Kampong Sengkurong A dan kawasan bangunan komersial. Hasil rondaan tidak ada menemukan sebarang kejadian mencurigakan atau unsur-unsur jenayah.
TUTONG – Rondaan pencegahan jenayah PK digerakkan oleh Focal Point PK Balai Polis Tutong dan juga pendekatan Focal Point PK Balai Polis Lamunin.
Rondaan bersama PK Kampong Lubok Pulau disertai oleh Ketua Kampong Lubok Pulau, Yang Mulia Haji Abd Rahman bin Samat bersama sepuluh orang ahli PK.

Mengetuai rondaan Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Tutong, Inspektor Percubaan (P/Insp) Abd Hakim bin Haji Md Salleh bersama seorang ahli Focal Point dan empat orang anggota balai.
Sementara itu, Sarjan Mejar 2480 Md Azrie bin Abdullah mengetuai pendekatan ke rumah Ketua Kampong Panchong, Yang Mulia Haji Muhammad Shah Asnawi bin Abd Rahim.
TEMBURONG – Pengawasan Kejiranan Kampong Selangan juga tidak ketinggalan membuat rondaan pencegahan jenayah bersama keanggotaan Balai Polis Bangar.
Mengetuai rondaan tersebut Lans Kopral 5398 Zainuddin bin Marsal bersama dua orang anggota dan turut hadir Ketua Kampong Selangan, Yang Mulia Awang Dulamit bin Burut.

Rondaan dan pemantauan bermula di kawasan Company Quarry iaitu Puni Quarry dan Temburong Quarry, kawasan penurunan perahu, kawasan Kampong Parit Lama dan Parit Baru, kawasan Kampong Sibulu.
BELAIT – Balai Polis Sungai Liang membuat pendekatan dan rondaan pencegahan bersama ahli PK Kampong Lumut II.
Mengetuai rondaan serta pendekatan Focal Point Balai Polis Sungai Liang iaitu Sarjan 3392 Jailani bin Haji Johari dan Kopral 3707 Mohd Dita bin Haji Gani.
Turut hadir Pemangku Ketua Kampong Lumut II, Yang Mulia Haji Abd Rahman Bin Hashim. Rondaan dibuat di Jalan Kampung Sg Kayu Ara, Jalan Kampung Sg Taring dan membuat lawatan dan pemeriksaan rumah sewa pekerja asing di alamat Spg 145 Kg Sg Tali Lumut.
Balai Polis Belait juga tidak ketinggalan membuat rondaan bersama ahli PK Kampong Mumong. Hadir Kopral 2721 Shamsudin bin Haji Naim bersama seorang Focal Point dan dua orang ahli PK.

Rondaan bermula dari rumah Ketua Kampong Mumong, kawasan STKRJ Kampong Mumong, kawasan barek kosong Mumong By Pass, kawasan perumahan dan kawasan barek kerajaan di kawasan Singa Menteri.
Balai Polis Labi membuat rondaan bersama Pengawasan Kejiranan Kampong Labi I. Rondaan diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Labi, Inspektor Mohd Nazmi bin Haji Ismail bersama seorang ahli Focal Point dan dua orang anggota balai.

Turut hadir Yang Berhormat Hanapi bin Mohd Siput bersama dua orang ahli PK kampung tersebut. Rondaan tertumpu di kawasan bangunan kerajaan, Sekolah Chung Hwa Labi Taman Peranginan, Menara DST, Masjid Mukim Labi serta rumah-rumah penduduk kampung yang tinggal di kawasan Kg Labi I.
Semasa rondaan dijalankan tidak ada menjumpai kejadian jenayah atau pun perkara yang tidak diingini berlaku.
Program rondaan akan sentiasa dijalankan bagi mengurangkan kegiatan jenayah dan sekaligus membanteras perkara yang tidak bermoral bagi menjaga keamanan di negara ini.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
