BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 25 April 2019 – Balai Polis Pusat, Pasukan Polis Diraja Brunei telah menghadapkan seorang suspek ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan atas kesalahan suspek selaku pekerja melakukan perbuatan khianat terhadap harta yang diamanahkan kepadanya. Kejadian berkenaan berlaku di salah sebuah syarikat penjualan kereta di kawasan Beribi, Gadong. 

Suspek merupakan seorang perempuan warganegara tempatan bernama Ani Rabiatuladawiyah binti Azamain berumur 26 tahun dan ditahan bagi menjalani siasatan.   

Suspek akan menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 381 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu pekerja melakukan jenayah curi ke atas harta milik majikan. 

Hasil daripada sebutan kes, Pihak Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama 9 bulan bermula pada tarikh 25 April 2019. 

Dalam pada itu, Pasukan Polis Diraja Brunei ingin menyarankan kepada masyarakat awam agar tidak terlibat dan terjerumus dengan sebarang kegiatan-kegiatan yang menyalahi undang-undang kerana akibatnya akan merosakkan kebahagiaan dan masa depan individu itu sendiri, keluarga dan generasi di masa yang akan datang. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI