TUTONG, Rabu 24 April 2019 – Satu kemalangan kereta melibatkan kematian telah berlaku pada petang 24 April 2019, apabila kereta yang dipandu oleh pemandu kenderaan telah merempuh satu tiang lampu jalanraya di kawasan Jalan Sibakit Bawah, Kampong Tanjung Maya, Daerah Tutong. 

Pihak Polis mengesahkan telah menerima panggilan kecemasan tersebut melalui talian 993 pada sekitar jam 1.34 petang dan anggota Balai Polis Tutong telah menjalankan tindakan segera ke tempat kejadian bagi menjalankan siasatan. 

Siasatan telah mendapati penumpang kereta yang terlibat iaitu seorang budak lelaki berumur 7 tahun telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat daripada kemalangan tersebut dan punca masih dalam siasatan.

Pasukan Polis Diraja Brunei ingin menasihatkan kepada semua pengguna jalanraya untuk sentiasa berwaspada semasa memandu dan sentiasa akur dengan mengikuti had laju yang telah ditentukan. 

Selain itu, para pemandu turut ditegaskan untuk lebih berhati-hati dan semestinya tidak bersikap ambil mudah serta sambil lewa tanpa menghiraukan keselamatan diri sendiri dan pemandu kenderan yang lain.

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI