TEMBURONG, Isnin 22 April 2019 – Keamanan dan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat boleh dicapai melalui konsep amalan kejiranan yang baik dan terpuji ianya juga tidak terpinggir dalam pentingnya menjaga keselamatan dalam memaut peranan mewujudkan keharmonian terhadap hidup sesama berjiran.
Dalam usaha ke arah itu, Pengawasan Kejiranan anjuran Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Balai Polis Bangar telah mengadakan satu rondaan pencegahan jenayah bersama Pengawasan Kejiranan Kampung Sibut, Mukim Amo yang diketuai oleh Penolong Penguasa Polis Pg Anak Haji Azanuddin Aman Shah bin Pg Anak Ismail Al-Haj, Pegawai Menguasa Balai Polis Bangar bersama 5 orang ahli PK Kampong Sibut.


Rondaan yang tertumpu di rumah-rumah kosong, balai raya, balai ibadat, dusun buahbuahan dan kawasan riadah itu tidak ada menjumpai perkara-perkara yang melibatkan jenayah.
BRUNEI MUARA – Balai Polis Kampong Ayer juga telah mengadakan pendekatan bersama ketua kampung dan ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampong Lumapas ‘A’ rombongan yang diketuai oleh ahli Focal Point Sarjan 3794 Matsaini bin Hj Wahab bersama beberapa anggota Polis dan PK yang lain. Seterusnya pihak Polis dengan kerjasama ahli-ahli PK telah mengadakan rondaan pencegahan jenayah bersama ahli-ahli PK Kampung Lumapas ‘A’ yang diketuai oleh Haji Saini bin Haji Maidin.

Rondaan dibuat dengan menggunakan kenderaan dan berjalan kaki di kawasan Jalan Sg Kilugus, kawasan Perumahan STKRJ Kampong Lumapas ‘A’, kawasan sepanjang Jalan Kampong Lumapas ‘A’, kawasan Jalan Bukit Bunga, kawasan Jalan Sungai Asam, kawasan letak kereta Sungai Kebun dan kawasan bawah Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (RIPAS).
Turut sama menjalankan rondaan daripada Balai Polis Berakas yang diketuai oleh Staff Sarjan 3607 Rossam bersama ahli PK Kampong Orang Kaya Besar Imas (OKBI) membuat rondaan pencegahan jenayah semasa perlawanan akhir bolasepak FA Cup DST 2019 perlawanan di antara MS PDB dan Kota Ranger FC.
Rondaan berjalan kaki di kawasan letak kereta Padang dan Belapan Berakas dan sekitarnya tidak ada menjumpai sebarang aktiviti-aktiviti yang mencurigai yang menyalahi undang-undang.
Dengan adanya rondaan pencegahan jenayah bersama ahli-ahli PK seumpama itu akan dapat meningkatkan lagi kewaspadaan masyarakat dalam sama-sama memastikan keselamatan kawasan kampung mereka bebas jenayah.
Pengawasan Kejiranan merupakan satu program melibatkan masyarakat setempat untuk membabitkan diri mereka dalam mengawasi keselamatan jiran-jiran dan harta benda mereka serta melaporkan kegiatan-kegiatan yang mencurigakan kepada pihak Polis. Ianya merupakan suatu perkongsian tanggungjawab yang seharusnya ditanai bersama-sama dalam menjaga kawasan tempat tinggal mereka lebih selamat.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
