BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad 21 April 2019 – Berikutan insiden yang tular 2 minggu lalu di media sosial berkenaan pertengkaran mulut dan perlanggaran beberapa buah kenderaan yang melibatkan warga asing semasa acara keramaian Bandarku Ceria di Bandar Seri Begawan. 

Tertuduh warganegara China bernama Xiao Dong Han telah pun dihadapkan ke Mahkamah Rendah, Bandar Seri Begawan pada 20 April 2019 bagi sebutan kes selepas menjalani tahanan reman sejak 9 April yang lalu bagi siasatan lanjut. 

Hasil daripada perbicaraan, tertuduh telah mengaku bersalah di atas 2 pertuduhan di bawah Seksyen 29 (1) Akta Lalulintas Penggal 68 kerana cuai memandu dan di bawah Seksyen 290 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 kerana melakukan kekacauan di khayalak ramai. 

Oleh kerana tertuduh gagal membayar denda, Pihak Mahkamah telah menjatuhkan hukuman pemenjaraan selama 7 minggu di Penjara Maraburong bermula pada tarikh 9 April 2019. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI