KULAPIS, Isnin 15 April 2019 – Pengawasan Kejiranan dari Kampung Kulapis telah membuat rondaan pencegahan jenayah bersama Unit Pengawasan Kejiranan Balai Polis Sengkurong, Daerah Polis Brunei & Muara.   

Rondaan berjalan kaki itu mensasarkan kawasan-kawasan Masjid, rumah-rumah kosong, jalan-jalan gelap dan kawasan kebun sekitar Kampung Kulapis.   Hasil rondaan yang dijalankan tidak ada menemukan sebarang aktiviti-aktiviti yang mencurigakan. 

KULAPIS, Isnin 15 April – Pengawasan Kejiranan dari Kampung Kulapis telah membuat rondaan pencegahan jenayah bersama Unit Pengawasan Kejiranan Balai Polis Sengkurong, Daerah Polis Brunei & Muara.   

Rondaan berjalan kaki itu mensasarkan kawasan-kawasan Masjid, rumah-rumah kosong, jalan-jalan gelap dan kawasan kebun sekitar Kampung Kulapis.   Hasil rondaan yang dijalankan tidak ada menemukan sebarang aktiviti-aktiviti yang mencurigakan. 

LAMUNIN – PK dari Kampung Panchong Daerah Tutong juga telah membuat rondaan pencegahan jenayah bersama Unit Pengawasan Kejiranan Balai Polis Lamunin. 

Turut hadir dalam rondaan berkenaan Ketua Kampung Panchong, Yang Mulia Hj Muhd Shah Asnawi bin Abdul Rahim selaku Pengerusi PK Kampung tersebut. 

Rondaan yang tertumpu di kawasan-kawasan sunyi dan rumah-rumah tiada penghuni sekitar kampung berkenaan. 

SUNGAI LIANG – Manakala dari Unit Pengawasan Kejiranan Balai Polis Sungai Liang telah membuat pendekatan ke kediaman Yang Mulia Pengiran Ahmad bin Pengiran Hj Mahmud, Pemangku Ketua Kampung Rancangan Perumahan Negara Kampung Lumut Daerah Belait.   

Tujuan pendekatan ini adalah bagi berkongsi hal ehwal kampung dan sebarang maklumat tentang jenayah serta mengeratkan lagi perhubungan antara masyarakat bersama pihak Polis. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI