SUNGAI LIANG – Pada 14 April 2019, seorang remaja warganegara tempatan telah dijalankan siasatan kerana disyaki terlibat dengan 2 laporan kes yang melibatkan kes ceroboh dan curi di dalam sebuah kenderaan berlaku di kawasan tempat letak kereta belakang kedai runcit Jasmi Mubarak Enterprise, Sg. Liang, Daerah Belait.
Siasatan telah dijalankan oleh keanggotaan Balai Polis Sg Liang, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan telah berhasil membuat penahanan ke atas remaja tersebut di rumah kediamannya.
Suspek berumur 15 tahun dan masih bersekolah dipercayai telah melakukan kesalahan menceroboh bangunan kerajaan dan kegiatan curi melibatkan 1 portable wifi, 1 powerbank dan duit berjumlah $158 ringgit Brunei.
Suspek akan berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 379 (Curi), dan 441 (Ceroboh) Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22.
Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) ingin menyeru dan menasihatkan kepada orang ramai agar tampil bagi mengongsikan dan memberikan sebarang maklumat bagi tujuan pencegahan, pembanterasan dan juga bagi menurunkan kadar jenayah di negara ini.

Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
