LAMUNIN, Isnin 8 April – Satu Operasi Sepadu Penguatkuasa undang-undang telah diadakan semalam pada 8 April 2019 yang terdiri dari keanggotaan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) khususnya Daerah Polis Tutong, Unit Hal Ehwal Luar, Interpol dan Aseanapol PPDB, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (JKDN), Biro Kawalan Narkotik (BKN), Bahagian Penguatkuasa Ugama (BPU) dan juga daripada Jabatan Buruh.
Operasi ini melibatkan seramai 127 orang pegawai dan anggota yang diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Lamunin, Inspektor Zulfadli bin Hj Awang Yusof.

Tumpuan operasi ialah ke beberapa lokasi kediaman serta pemeriksaan ke rumah-rumah pekerja asing iaitu;
1- Rumah Pekerja Asing Kilang Papan, Kg Batang Mitus, Lamunin dan hasil daripada pemeriksaan tidak ada menemukan sebarang kesalahan.
2- Rumah Pekerja Asing, Kg Kebia, Batang Mitus, Lamunin telah mendapati beberapa kesalahan di bawah akta;
• JKED telah menahan seramai 5 orang pekerja asing yang dipercayai memiliki 15 kotak rokok pelbagai jenis.
• JIPK telah menahan seramai 4 orang pekerja asing yang didapati gagal menunjukkan dokumen yang sah.
Matlamat utama Operasi Sepadu pada malam tersebut antara lain adalah untuk membuat pemeriksaan secara mengejut terhadap pekerja-pekerja asing yang bekerja khususnya di kawasan Lamunin, Daerah Tutong untuk memastikan mereka tidak ada memiliki barang-barangan tegahan yang melanggar peruntukan perundangan yang telah ditetapkan.
Operasi pada malam tersebut juga adalah usaha berterusan agensi-agensi Penguatkuasa undang-undang di Daerah Tutong dalam sama-sama membanteras jenayah dan kegiatan-kegiatan yang menyalahi undang-undang di Negara Brunei Darussalam.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
