BRUNEI-MUARA, Isnin 09 Jun 2025 – Dalam usaha mempertingkatkan kesedaran dan inisiatif membenteras jenayah pemerdagangan orang di Negara Brunei Darussalam, Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia (USPM) daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah memberi taklimat mengenai Jenayah Pemerdagangan Orang (Trafficking in Persons) di sebelah pagi kepada lima belas (15) orang frontliners di Mulia Hotel, Kg Anggerek Desa dan di sebelah petang kepada seratus sepuluh (110) orang frontliners di The Rizqun International Hotel, Gadong.

The Rizqun International Hotel, Gadong
Objektif utama taklimat ini adalah bertujuan untuk memberikan pengetahuan yang lebih dalam dan memahami secara lebih terperinci tentang mengenal pasti elemenelemen dan indikasi mangsa yang berpotensi terlibat di dalam jenayah pemerdagangan orang di hotel-hotel di Negara Brunei Darussalam. Antara perkara yang dibentangkan dalam taklimat ini adalah maklumat yang telah dikongsikan iaitu fungsi dan peranan Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia, perkongsian case study bagi kes-kes pemerdagangan orang yang telah berjaya dihadapkan ke muka pengadilan yang memenuhi semua indikasi unsur-unsur pemerdagangan orang yang telah disiasat oleh Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia semenjak tertubuhnya unit ini pada 16 Ogos 2011. Taklimat telah disampaikan pegawai berserta anggotaanggota di Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia.
Mulia Hotel, Kg Anggerek Desa
Dikeluarkan oleh:
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
