JERUDONG, Isnin 02 Jun 2025 – Dalam usaha berterusan memperkukuh kesedaran serta kefahaman berkaitan Jenayah Pemerdagangan Orang (Trafficking in Persons), Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia (USPM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), telah mengadakan taklimat khas kepada enam (6) orang pegawai bertempat di Empire Hotel Brunei.
Taklimat ini bertujuan untuk membekalkan maklumat yang komprehensif bagi pengurusan dalam mengenal pasti tanda-tanda atau indikasi mangsa pemerdagangan orang serta memberikan pemahaman terhadap langkah-langkah yang boleh diambil sekiranya berdepan dengan situasi sebenar.
Antara kandungan taklimat yang disampaikan termasuklah mengenai penerangan mengenai elemen-elemen jenayah pemerdagangan orang dan perkongsian kes-kes landmark yang berjaya didakwa di mahkamah. Latihan case study berdasarkan siasatan oleh USPM serta berkongsi pengalaman serta cabaran dalam menangani isu siasatan sejak penubuhan unit ini pada 16 Ogos 2011.
Taklimat telah disampaikan oleh Yang Mulia DSP Hajah Anis @ Roszaffina binti Haji Ahmad/Mohd Ariffin bersama anggota anggota di Unit Permerdagangan Manusia.
PPDB menegaskan dengan adanya kerjasama adalah amat penting dalam mencegah dan mengesan kegiatan pemerdagangan orang. Usaha bersama seperti ini diharap dapat memperkukuh peranan setiap lapisan masyarakat dalam membenteras jenayah ini secara menyeluruh.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
