BELAIT, Rabu 28 Mei 2025 – Balai Polis Panaga, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) berjaya melumpuhkan kegiatan perjudian nombor ekor bertempat di kawasan Kampong Mumong, Kuala Belait.
Serbuan yang dijalankan pada kira-kira jam 4 petang itu telah berhasil menahan seorang lelaki penduduk tetap yang berusia 72 Tahun. Semasa pemeriksaan dibuat, pihak polis telah menemui 1 biji telefon bimbit jenis Redmi Note 9 dan 1 tablet jenis Samsung Galaxy Tab A7 Lite mengandungi mengenai nombor-nombor ekor.
Suspek ditahan bersama barang-barang bukti untuk dibawa ke Balai Polis Panaga bagi siasatan selanjutnya. Pertuduhan terhadap suspek dikemukakan di bawah Seksyen 4 (C) Akta Rumah-Rumah Perjudian Terbuka Penggal 28 dan kemudian di lepaskan dengan ikat jamin polis.
PPDB mengingatkan orang ramai bahawa aktiviti perjudian dalam talian adalah jenayah serius yang boleh membawa kesan negatif kepada Masyarakat dan negara jika tidak dibanteras. Kerjasama awam amat penting dalam membantu pihak berkuasa mengambil tindakan berkesan. Sebarang maklumat boleh disalurkan melalui talian 993 atau di mana-mana balai polis berdekatan.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
