BRUNEI MUARA, Sabtu, 19 Oktober 2024 – Seramai 84 orang telah menghadiri Taklimat Penipuan Dalam Talian, Jenayah Siber di Dewan Serbaguna Balai Polis Muara yang terdiri daripada Penghulu-Penghulu, Ketua-Ketua Kampong, Majlis Perundingan Kampong, Pengawasan Kejiranan, Muslimah Masjid Kapok, Warga Emas serta Penduduk Kampong di bawah tedahan Balai Polis Muara.

Taklimat disampaikan oleh Penolong Penguasa Polis Mohd Zulhelmi Azmi bin Dato Paduka Haji Abd Aziz, Pegawai Penyiasat Bahagian Jenayah Siber, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei. 

Pasukan Polis Diraja Brunei melalui Bahagian Jenayah Siber akan berterusan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai dengan jenayah tersebut dan adalah menjadi keutamaan bagi Pasukan Polis Diraja Brunei untuk terus membimbing dan menitikberatkan keselamatan orang awam / ramai mengenai dengan jenayah ini.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​