GADONG, Rabu, 16 Oktober 2024 – Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan Bin Haji Hambali, Pesuruhjaya Polis Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), telah dianugerahkan Darjah Kebesaran ‘Distinguihed Service Order’ oleh Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam pada 15 Oktober 2024 di Dewan Bankuet, Istana Singapura.
Darjah tersebut merupakan penghargaan atas kepimpinan beliau, dalam hubungan dua hala antara PPDB dan Pasukan Polis Singapura telah diperkukuh dengan kerjasama erat dalam pembinaan kapasiti dan keupayaan, seperti pertukaran latihan bersama antara kedua-dua pasukan polis yang membantu mengasah kemahiran khusus pegawai. Kerjasama erat ini mencerminkan komitmen beliau untuk memajukan hubungan dua hala antara Brunei dan Singapura dan seterusnya, meningkatkan keselamatan kedua-dua buah negara.
Semasa berada di Singapura, Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan Bin Haji Hambali, Pesuruhjaya Polis PPDB telah membuat kunjungan hormat kepada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Lawrence Wong dan Pesuruhjaya Polis Hoong Wee Teck.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
