BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 7 Mac 2024 – Satu serbuan mengejut telah dikendalikan oleh pegawai dan keanggotaan daripada Unit Siasatan Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat beserta Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) pada 07 Mac di salah sebuah bilik penginapan di kawasan Gadong. 

Serbuan berkenaan melibatkan aktiviti yang tidak bermoral iaitu dipercayai menjalankan kegiatan menawarkan khidmat seks. 

Susulan daripada pemeriksaan ke bilik-bilik berkenaan pihak polis berjaya menahan seorang 2 perempuan warganegara asing, berumur 44 dan 43 tahun serta beberapa bahan bukti seperti wang tunai, kepingan kondom, minyak pelincir dan telefon bimbit. 

Suspek yang ditahan dan kesemua bahan-bahan bukti segera dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah bagi menjalani siasatan lanjut. 

Suspek akan disiasat di bawah Seksyen 294A Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 atas kesalahan menawarkan khidmat seks. 

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan sentiasa membuat pemantauan dan risikan serta akan mengambil tindakan pada setiap kegiatan-kegiatan jenayah yang menyalahi undang-undang di negara ini. Pihak Polis ingin menyarankan kepada orang ramai agar dapat memberikan apa jua jenis maklumat dengan mengongsikan ke talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Dikeluarka​n oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​​​​​​​​​​​​