GADONG, Isnin 12 Februari 2024 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) pagi tadi telah mengadakan majlis ceramah bersempena memperingati Peristiwa Isra’ dan Mi’raj yang diadakan di Surau Polis Gadong, Pasukan Polis Diraja Brunei. 

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan ialah Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali, Pesuruhjaya Polis Pasukan Polis Diraja Brunei. 

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis PPDB, Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin berserta Para Pengarah, Timbalan Pengarah, Para Pegawai Pemerintah Daerah Polis, Ketua-Ketua Formasi, Pegawai-Pegawai Kanan, anggota serta kakitangan PPDB. 

Majlis dimulakan dengan ceramah ugama yang disampaikan oleh Yang Mulia Abdul Rahman bin Hj Ajak, Penolong Pensyarah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan yang bertajuk ”Solat Tiang Agama”, di antara pengisian ceramah tersebut ialah belajar tentang rukun-rukun solat, memahami bacaan dalam solat,hadirkan diri untuk solat, jauhi was-was dalam solat dan sediakan tempat atau ruang di rumah untuk solat. 

Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Yang Mulia Apo Staf Sarjan 6472 Muhd Yusri bin Hj Abu Bakar, Imam Surau Polis Gadong, Pasukan Polis Diraja Brunei. 

Majlis Ceramah Sambutan Isra’ dan Mi’raj ini dikelolakan oleh Badan Ugama Islam, Pasukan Polis Diraja Brunei.

Dikeluarka​n oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​​​​​​​​​​​​