TEMBURONG, Khamis 9 November 2023 – Dalam rondaan Operasi bersama antara Pasukan Simpanan Polis ‘C’ Kompeni (RUC), Pasukan Polis Diraja Brunei dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menjumpai barang tegahan yang disimpan di dalam bungkusan plastik berwarna hitam di kawasan laluan Tanah Perkuburan Murut, Kampung Menengah, Temburong.
Hasil siasatan lanjut dan pengiraan telah mendapati barang-barang tegahan iaitu 8 karton rokok. Kesemua barang-barang tersebut diserahkan ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja bagi siasatan dan tindakan selanjutnya.
Pasukan Polis Diraja Brunei menyeru orang ramai agar sebarang maklumat mengenai apa jua kegiatan jenayah segera disalurkan dan dikongsikan ke Pasukan Polis Diraja Brunei melalui talian kecemasan polis 993 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
