GADONG, Jumaat 6 Oktober 2023 – Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis [PEKERTI] telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yassin dan Do’a Kesyukuran bagi Sambutan Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam. 

Majlis yang berlangsung di Dewan Bankuet Mes, Kompleks Ibu Pejabat Polis itu dihadiri oleh Yang Mulia Pengiran Datin Hajah Zauyah binti Pengiran Haji Sulaiman, isteri Pesuruhjaya Polis selaku Yang Di Pertua PEKERTI. 

Turut hadir ke majlis ini juga Yang Mulia Datin Sabrina Aziemah binti Abdullah Chong selaku Pengerusi PEKERTI, ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi PEKERTI dan ahli-ahli dari ketujuh-tujuh cawangan PEKERTI. 

Majlis dimulakan dengan menunaikan sembahyang fardu Maghrib berjemaah, sembahyang sunat Hajat dan diikuti dengan bacaan Surah Yassin beramai-ramai yang dipimpin oleh Yang Mulia Dayang Nourliza binti Abd Jalil (Isteri kepada Koperal 5536 Haji Masrody bin Haji Asli) dan diikuti dengan menunaikan sembahyang Fardu Isyak berjemaah. 

Majlis ini adalah salah satu aktiviti tahunan PEKERTI dan dikendalikan oleh Badan Keugamaan PEKERTI. Ianya adalah bertujuan untuk memperingati Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri sebagai Penaung Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis. 

Dikeluarka​n oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​​​​​​​​​​