GADONG, Ahad 13 Ogos 2023 – Sempena Sambutan Ilal Hijrah 1445H, Badan Ugama Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI) telah menganjurkan majlis ceramah khas, bertempat di Surau Ibu Pejabat Polis Gadong.
Majlis yang diraikan diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Yang Mulia Pengiran Datin Hjh Zauyah binti Pengiran Haji Sulaiman selaku Yang Dipertua PEKERTI, kehadiran Yang Mulia Datin Sabrina binti Abdullah Chong selaku Pengerusi PEKERTI, ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi PEKERTI serta ahli-ahli dari ketujuh-tujuh cawangan PEKERTI.
Majlis dimulakan dengan bacaan Suran Al-Fatihah & Tahlil beramai-ramai dan diteruskan dengan ceramah khas bertajuk “Ugama dipelihara, Negara Sejahtera” yang disampaikan oleh penceramah undangan, Ustazah Siti Juhaidah binti Haji Bujang.
Antara inti pati ceramah mengingatkan setiap umat Islam tentang pentingnya memelihara ugama bagi kesejahteraan negara. Ianya sangat bertepatan dalam melahirkan kehidupan terbaik sekali gus akan menyumbang kepada kesejahteraan negara. Dalam ceramah beliau juga menyentuh Ilal hijrah juga mengingatkan supaya melakukan penghijrahan kepada yang terbaik, terutama dalam mengingati Allah dan amalan terbaik ialah mendekatkan diri kepada Allah. Menurutnya, pendekatan bersabar, berikhtiar, bertawakal, dan berdoa dalam menangani sesuatu perkara yang terbaik dan terutama dalam menempuh suasana dunia yang penuh dengan ujian ini.
Kemudiannya majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh penceramah undangan.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
