BRUNEI MUARA, Isnin 3 Julai2023 – Unit Siasatan Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menjalankan satu serbuan yang dipercayai melibatkan diri dengan kegiatan tidak bermoral.

Serbuan yang dijalankan pada 3 Julai 2023 sekitar waktu malam itu mensasarkan ke sebuah bilik penginapan di kawasan Batu Satu, Bandar Seri Begawan, di mana suspek adalah merupakan wanita warganegara asing berumur 38 tahun dipercayai menjalankan aktiviti menawarkan khidmat seks serta seorang lelaki warganegara tempatan berumur 37 tahun dipercayai terlibat kerana membayar untuk perkhidmatan seks berkenaan. 

Pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian turut menemukan bahan-bahan bukti seperti telefon bimbit, sejumlah wang tunai, minyak pelincir serta beberapa keping kondom di lokasi kejadian dipercayai untuk tujuan aktiviti tidak bermoral. 

Kedua-dua suspek kemudiannya dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah dan seterusnya dijalankan siasatan di bawah Seksyen 294A Kesalahan Menawarkan Khidmat Seks dan 294B Kesalahan Membayar Untuk Perkhidmatan Seksual, Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22. 

Pihak polis ingin menyarankan kepada orang ramai agar dapat bekerjasama dan memberikan apa jua jenis maklumat dengan mengongsikan ke talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan serta boleh disalurkan melalui e-mel laman sesawang PPDB www.polis.gov.bn ataupun Instagram @upa.ppdb.

Dikeluarka​n oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​​​​​​​