BRUNEI MUARA, Selasa 18 April 2023 – Unit Pengawasan Kejiranan Balai Polis Bandar Seri Begawan, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengendalikan satu ceramah khas bertempat di Masjid Kampung Belimbing, Mukim Kota Batu.
Ceramah khas bertajuk ‘Jangan Abaikan 10 Malam Terakhir’ telah disampaikan oleh penceramah undangan Yang Mulia Ustaz Hj Muskrisman bin Hj Mustapa, Pegawai Perkembangan Ugama Penolong Bahagian Penyebaran Dakwah Pusat Dakwah Islamiah NBD.
Hadir di majlis berkenaan ialah Yang Berhormat Awg Daud bin Jihan selaku Ketua Kg Belimbing, Ketua Kg Sungai Besar/Serdang/Sungai Belukut, Ketua Kg STKRJ Rimba Kawasan 2, Ketua Kg Rimba Kawasan 2 serta ahli Pengawasan Kejiranan Kg Sg Belukut.
Turut hadir Timbalan Penguasa Polis (DSP) Mohammad Amerol bin Hj Metussin, Pegawai Siasatan Jenayah Daerah Polis Brunei Muara, pegawai-pegawai tadahan Ibu Pejabat Daerah Polis Brunei Muara dan Focal Point Unit Pengawasan Kejiranan BSB.
Terdahulu majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan ayat suci Al-Quran yang dipimpin oleh L/Cpl 5849 Ahmad Raihaan bin Begawan Mudim Hj Matassim dan diakhiri dengan penyerahan cenderahati kepada penceramah undangan.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
