TEMBURONG, Isnin 17 April 2023 – Ibu Pejabat Daerah Polis Temburong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengendalikan satu majlis tadarus Al-Quran sempena bulan Ramadhan dan penyampaian sumbangan derma hari raya aidilfitri yang diadakan di Ibu Pejabat Daerah Polis Temburong pada 17 April 2023. 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Pesuruhjaya Polis (CP) PPDB, Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali. Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya (DCP) PPDB, Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh tetamu kehormat disusuli dengan bacaan surah pilihan serta tahlil yang dipimpin oleh Julherime bin Hj Md Salleh, Imam Masjid Kg. Belais. 

Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian sumbangan derma Hari Raya Aidilfitri. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat bagi memohon keberkatan dan kesejahteraan kepada semua anggota PPDB dan seluruh penduduk Negara Brunei Darussalam bersempena bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini.

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​​​​​