BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad 16 April 2023 – Seramai 67 orang anak yatim yang hadir telah menerima sumbangan daripada PEKERTI pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Pasukan Polis Diraja Brunei yang berlangsung di Restoran Tarindak D’Seni. 

Hadir di majlis tersebut adalah Yang Mulia Pengiran Datin Hajah Zauyah binti Pengiran Haji Sulaiman Isteri kepada Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei selaku Yang Dipertua Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI) berserta Yang Mulia Datin Sabrina Aziemah binti Abdullah Chong isteri kepada Timbalan Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei selaku Pengerusi PEKERTI dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi PEKERTI bersama Ahli Jawatankuasa kerja Badan Kebajikan PEKERTI. 

Sumbangan saguhati berupa hamper dan derma itu disampaikan oleh tetamu kehormat majlis dan diharap sumbangan ini akan dapat meringankan beban dan juga sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan persahabatan di antara ahli-ahli PEKERTI dan anak-anak yatim, terutama sekali di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini. Ke arah itu PEKERTI akan terus memberikan komitmen yang tinggi dan mempertingkatkan usaha-usaha di masa akan datang bagi membantu anak-anak yatim Pasukan Polis Diraja Brunei.

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​​​​​