GADONG, Rabu 12 April 2023 – Seramai 30 orang anak yatim warga Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menerima sumbangan pada majlis yang dikendalikan secara pandu lalu bertempat di Foyer Mess Panaga, Daerah Belait pada 12 April 2023.
Hadir menyampaikan derma-derma tersebut ialah Pesuruhjaya Polis Pasukan Polis Diraja Brunei, Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali bersama Yang Mulia Pengiran Datin Hajah Zauyah binti Pengiran Haji Sulaiman selaku Yang Dipertua Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI).
Majlis ini merupakan salah satu usaha untuk menyalurkan sumbangan khusus kepada anak-anak yatim PPDB bertujuan untuk membantu sedikit sebanyak dalam menampung perbelanjaan hari raya aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
