BRUNEI MUARA, Ahad 9 April 2023 – Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran PEKERTI bertempat Surau Polis Gadong Pasukan Polis Diraja Brunei bagi menyemarakkan Bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini. 

Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut adalah Yang Mulia Pengiran Datin Hajah Zauyah binti Pengiran Haji Sulaiman, Isteri Pesuruhjaya Polis selaku Yang Di Pertua PEKERTI. 

Turut hadir adalah Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi PEKERTI dan Ahli-ahli dari ketujuh-tujuh cawangan PEKERTI. Majlis Khatam dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Mulia Dr. Hajah Nor Irlenwati binti Haji Ismail, diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. 

Aktiviti keugamaan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara semua ahli PEKERTI dan di samping itu menggalakkan membaca Al-Quran terutama di dalam bulan yang mulia ini.

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​​​​