GADONG, Sabtu 1 April 2023 – Pada Menjunjung Titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai tiga (03) orang pegawai polis telah dinaikkan pangkat yang berkuatkuasa bermula pada 01 April 2023. 

Majlis yang diadakan di Dewan Bankuet Mes, Kompleks Ibu Pejabat Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) itu telah dihadiri oleh Pesuruhjaya Polis (CP), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali selaku tetamu kehormat bersama Pengiran Datin. 

Turut berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam binti Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar bagi menyaksikan majlis kenaikan pangkat anakanda iaitu Penolong Pesuruhjaya Polis (Assistant Commissioner of Police) Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Mohammed Saifullah bin Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris. 

Juga hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) PPDB, Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin bersama Datin, pengarah-pengarah jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan ahli keluarga pegawai yang diraikan. 

Pegawai-pegawai PPBD itu terdiri dari tiga (3) pegawai yang dinaikkan pangkat ke Penolong Pesuruhjaya Polis (Assistant Commissioner of Police). 

Majlis kemudiannya diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Imam Surau Polis Gadong.

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​​​​