BRUNEI MUARA, Selasa 2 April 2019 – Kerjasama masyarakat dalam program pendekatan Pengawasan Kejiranan (PK) membantu mewujudkan suasana yang lebih selamat kepada masyarakat setempat. Sebanyak empat (4) pendekatan program Pengawasan Kejiranan (PK) telah dijalankan secara berasingan di Daerah Brunei Muara dan Daerah Belait.  

Tiga (3) pendekatan Pengawasan Kejiranan (PK) dijalankan oleh Focal Point Unit Pengawasan Kejiranan dari Balai Polis Sengkurong, Balai Polis Pusat BSB dan Balai Polis Berakas ke rumah-rumah Ketua Kampung iaitu Yang Mulia Haji Jait bin Hitam selaku Ketua Kampung Mulaut, Yang Mulia Awang Abdul Wahab bin Timbang/Rosli selaku Ketua Kampung STKRJ Rimba Gadong dan ahli PK Kg Pancha Delima, Yang Mulia Ismail bin Budin. 

Sementara itu, di Daerah Belait Focal Point Balai Polis Sungai Liang membuat pendekatan ke rumah Pemangku Ketua Kampung Sungai Liang, Yang Mulia Haji Mohd Ibrahim bin DMS Dian. 

Perisian perbincangan dalam program ini termasuk mengenai hal ehwal kampung, perancangan aktiviti-aktiviti PK serta berkongsi maklumat dan statistik jenayah yang telah dilaporkan di kawasan kampung masing-masing. 

Dalam merancang dan melaksanakan program ini bertujuan untuk mewujudkan dan meningkatkan semangat kejiranan di kalangan masyarakat terutama sekali kepada para generasi belia dalam memupuk semangat untuk ikut serta menjadi ahli Pengawasan Kejiranan (PK) sebagai generasi pelapis di masa akan datang.

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI