SENGKURONG, Rabu 27 Mac 2019– Dengan matlamat ‘Mencegah Jenayah Bersama Masyarakat’ merupakan intipati suntikan kepada ahli-ahli Pengawasan Kejiranan (PK) dalam sama-sama bersatu secara sukarela melaksanakan serta menanai tanggungjawab dalam menjaga keselamatan di kawasan persekitaran kediaman, kejiranan dan permukiman mereka.
Dalam menyahut saranan tersebut, beberapa kawasan dibawah tadahan Kg Lugu dan Kg Katimahar telah dijalankan rondaan pencegahan bersama ahli PK Kg berkenaan serta keanggotaan Balai Polis Sengkurong yang diketuai oleh Penolong Penguasa Polis (ASP) Hj Mohd Baihaqi bin POKMS Datu Paduka Hj Mohd Tarif selaku Pegawai Menguasa Balai Polis Sengkurong.
Rondaan yang berakhir jam 1 pagi tersebut tidak menemukan sebarang kegiatan yang melanggar undang-undang.
LUMUT– Rondaan PK turut dikendalikan di kawasan Kg Sg Bakong, Kg Lalit dan persekitarannya. Mengetuai rondaan ialah Pegawai Menguasa Balai Polis Sg Liang, Penolong Penguasa Polis (ASP) Mohammad Amerol bin Hj Metussin bersama 6 anggota balai. Mewakili ahli PK Kg Lumut dipimpin oleh Pemangku Ketua Kampong Lumut 1 Yang Mulia Hj Abd Aziz bin Gani beserta 2 Ahli PK.

Tumpuan rondaan adalah di kawasan rumah-rumah kosong dan rumah sewa di kawasan berkenaan dan hasilnya tidak ada menemukan sebarang gejala negatif dan kegiatan jenayah.
LABI – Unit PK daripada Balai Polis Labi juga menjalankan rondaan yang sama di mana kerjasama kali ini ialah bersama ahli-ahli PK Rumah Panjang Mandaram Besar, Labi.

Rondaan yang diketuai oleh Focal Point Lans Koperal 4662 Muhd Izzat Izudin menumpukan di kawasan Taman Peranginan, menara DST serta persekitaran kediaman penduduk kampung. Rondaan berakhir dalam keadaan aman dan baiknya.
TEMBURONG – Balai Polis Bangar begiat aktif dengan menjalankan rondaan PK bersama 13 ahli PK Kg Sibut yang dipimpin oleh Yang Mulia Haji Bahrun bin Haji Talip, Penghulu Mukim Amo.

Mengetuai rondaan PK pada malam tersebut ialah Sarjan Mejar 2547 Seperidin Anak Dingai bersama anggota balai yang dimulakan dengan taklimat ringkas dan penerangan mengenai langkah-langkah keselamatan sebelum menjalankan rondaan.
Beberapa lokasi telah dijalankan rondaan termasuk rumah-rumah kosong, Balai Raya, Balai Ibadat, kawasan penurunan perahu dan jeti dan berakhir tanpa ada menemukan sebarang perkara-perkara yang tidak di ingini berlaku.
TELISAI – Rondaan yang dikendalikan oleh Unit Pengawasan Kejiranan Balai Polis Tutong kali ini adalah bersama ahli PK Kg Telisai. Hadir selaku Focal Point PK Koperal Wanita 4899 Noraziah bersama 2 anggota balai dan Yang Mulia Azman bin Hj Ismail, ahli PK Kg Telisai.

Program rondaan dan pencegahan jenayah ini akan sentiasa dijalankan bagi sama-sama menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat awam di negara ini.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
