BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 28 Mac 2019 – Pada 28 Mac 2019, Balai Polis Kampong Ayer menghadapkan seorang suspek lelaki ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan dipercayai terlibat menghalang Pegawai Penguatkuasa Undang-Undang sewaktu menjalankan tugasan mereka. 

Kejadian telah berlaku pada 25 Mac 2019 sekitar waktu malam di Kawasan Kampong Bolkiah ‘A’, Kampong Ayer. Suspek telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kampong Ayer bagi dijalankan siasatan lanjut. 

Suspek seorang lelaki warganegara tempatan bernama Zul Afti bin Mohammad berumur 34 tahun dan tidak bekerja. 

Suspek akan berdepan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 186 Kanun Hukuman Jenayah penggal 22 iaitu menghalang pengkhidmat awam menjalankan tugas awam. 

Pihak Mahkamah telah membuat keputusan bagi tertuduh dilepaskan dengan jaminan polis dan sebutan kes selanjutnya akan dimaklumkan kemudian. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI