TEMBURONG, Isnin 25 Mac 2019 – Balai Polis Bangar telah menerima laporan mengenai satu kes kecurian pada 25 Mac 2019 yang berlaku di Pondok Gerai Koperasi Pengangkutan Bersatu Temburong, Kg Rataie.   

Menurut mangsa (pemilik), gerai beliau telah diceroboh, kabinet diselongkar dan mendapati barangan jualan kedai telah hilang dipercayai dicuri. 

Hasil siasatan daripada keanggotaan Balai Polis Bangar telah berhasil membuat penahanan ke atas seorang suspek yang dipercayai terlibat dengan kejadian ini. 

Suspek tersebut bernama Jaafar bin Budin, warganegara tempatan berumur 47 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan.   

Pada 27 Mac 2019, suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Seri Begawan bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 380 (curi dalam bangunan) Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22. 

Walaubagaimanapun, hasil daripada sebutan kes, Pihak Mahkamah telah menjatuhi hukuman ke atas tertuduh di bawah Seksyen 379 (Curi) Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 dengan hukuman pemenjaraan selama 3 minggu di Penjara Maraburong yang akan bermula pada tarikh 27 Mac 2019. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS  

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI