MUARA, Isnin 25 Mac 2019 – Program Pengawasan Kejiranan (PK)  anjuran Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menjalankan rondaan pencegahan jenayah yang dikendalikan oleh Balai Polis Muara bersama Pengawasan Kejiranan Kampong Kapok dan Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampong Meragang. 

Rondaan diketuai oleh Penolong Penguasa Polis Zamri Salleh bin Hj Mahmud, Pegawai Menguasa Balai Polis Muara bersama Penolong Penguasa Polis Percubaan Ahmad Ridhwaanulaah bin Hj Rusli, Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Muara beserta 12 anggota dan ahli Focal Point Balai. 

Ikut serta menyertai rondaan pada malam itu ialah Pemangku Ketua Kampong Katok, Pg Hj Ibrahim bin Pg Timbang bersama 6 ahli PK. Turut sama menyertai ialah dari RPN Kampong Meragang, Yang Mulia Hadi Muslim bin Abdullah bersama 3 orang ahli PK. Rondaan pada malam tersebut menumpukan di kawasan persekitaran dan lokasi-lokasi yang dipercayai sering berlakunya kejadian jenayah. 

LABI – Balai Polis Labi mengaktifkan lagi rondaan bersama ahli PK Kampong Merangking yang telah dihadiri sama oleh Pemangku Ketua Kampung Merangking, Yang Mulia Raimey Bin Abdullah. 

Rondaan Pencegahan PK ini diungkayahkan oleh Focal Point Balai Polis Labi, Lans Koperal 4662 Muhd Izzat Izuddin bersama Koperal 3111 Hasmali bin Haji Abdullah. 

Tumpuan rondaan adalah di kawasan Bangunan-bangunan kerajaan, Balai Ibadat serta rumah-rumah kediaman di kawasan Kampong Merangking. 

LAMUNIN – Balai Polis Lamunin juga tidak ketinggalan untuk membuat rondaan pencegahan jenayah. 

Rondaan bersama ahli PK Layong yang tertumpu di kawasan Kg Layong dan Jalan Bukit Barun itu telah diketuai oleh Pemangku Ketua Kampong Layong, Mejar (B) Mohd Noh bin Hj Mohd Taib bersama 2 Orang ahli PK dan 4 orang keanggotaan dari Balai Polis Lamunin. 

Sepanjang rondaan di ke semua tempat yang dijalankan tidak ada menemukan sebarang kegiatan jenayah mahupun yang menyalahi undang-undang negara ini. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNE