BERAKAS, Sabtu 23 Mac 2019 – Dua kes laporan curi dalam premis perniagaan berjaya diselesaikan dengan penahanan seorang suspek warga tempatan oleh keanggotaan Balai Polis Berakas yang berlaku di Brubay Store Savanna Enterprise Jalan Pasir Berakas dan di Kim Super Save Times Square, Berakas.   

Suspek merupakan seorang lelaki warganegara tempatan bernama Norizam Bin Lamat berumur 45 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan ditahan oleh pihak polis kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan mencuri seperti pekakas memancing, 1 unit speaker microphone, 1 unit lampu suluh dan lain lagi.   

Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada 23 Mac 2019 dan dibacakan pertuduhan di bawah Seksyen 380 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 kerana melakukan curi di dalam premis perniagaan. 

Tertuduh telah mengaku bersalah dan telah dijatuhi hukuman pemenjaraan selama 24 bulan di Penjara Maraburong bermula pada tarikh 23 Mac 2019. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS  

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI