SUNGAI LIANG, Sabtu 23 Mac 2019 – Balai Polis Sungai Liang, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengendalikan satu operasi pencegahan jenayah iaitu Operasi Cegah 1 bersempena cuti persekolahan penggal pertama yang sedang berjalan ketika ini.
Strategi Operasi Cegah pada malam tersebut ialah membuat rondaan di beberapa lokasi di bawah tadahan Sungai Liang serta mengadakan sekatan jalanraya tumpuan dikawasan persimpangan Jalan Utama Rancangan Perumahan Negara (RPN), Lumut.
Seramai 24 keanggotaan Balai Polis Sungai Liang, 3 anggota Skuad Tindakan Segera (STS), Ibu Pejabat Daerah Polis Belait dan 9 ahli Pengawasan Kejiranan ikut serta dalam operasi yang dijalankan itu yang diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Sungai Liang, Penolong Penguasa Polis (ASP) Muhammad Amerol bin Haji Metusin.
Operasi yang berakhir jam 3 pagi tersebut telah menjalankan pemeriksaan ke atas 60 buah kenderaan dan hasilnya tidak ada menemukan sebarang kesalahan-kesalahan jenayah mahupun kesalahan dibawah Akta Lalulintas.
Pasukan Polis Diraja Brunei khususnya Balai Polis Sungai Liang akan sentiasa berterusan mengadakan operasi seperti ini bagi memastikan pelanggaran undangundang negara sentiasa ditangani dan dibanteras dengan sebaiknya.

Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
