BRUNEI MUARA, Khamis 21 Mac 2019 – Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) hari ini telah berjaya membongkar aktiviti dan kegiatan yang tidak bermoral.
Serbuan yang dijalankan tersebut telah berhasil memberkas seorang wanita warga asing di dalam sebuah bilik penginapan di Hotel Jeruton, Jerudong.
Semasa serbuan tersebut pihak polis telah menemukan beberapa bahan bukti seperti beberapa kepingan kondom dan wang tunai dilokasi kejadian dipercayai untuk tujuan kegiatan menawarkan khidmat seks.
Suspek wanita bernama Le Thi Nam berumur 42 tahun dan warganegara Viet nam menggunakan pas pelawat bagi memasuki negara ini sejak 13 Mac 2019 yang lalu. Suspek dan kesemua bahan bukti dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah untuk dijalankan siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 294A Kesalahan Menawarkan Khidmat Seks, Kanun Hukuman jenayah Penggal 22.
Pasukan Polis Diraja Brunei akan sentiasa membuat pemantauan dan akan menjalankan tindakan yang tegas terhadap mana-mana kegiatan negatif sepertinya dalam matlamat untuk menjadikan negara ini bebas dan bersih daripada sebarang gejala yang boleh mencemarkan nama baik dan kesejahteraan sejagat.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
