GADONG, Rabu 20 Mac 2019 – Seramai 132 anggota pangkat rendah Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) menerima Pingat Kerja Lama Polis (P.K.L.P) yang telah berlangsung di Dewan Auditorium, Ibu Pejabat Polis, Jalan Tungku, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al Islam, Pesuruhjaya Polis Pasukan Polis Diraja Brunei.
Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya Polis , Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Irwan bin Haji Hambali, Pengarah-pengarah, timbalan pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan, Keanggotaan serta Kakitangan Awam PPDB.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, APO SGT 6472 Mohamad Yusri bin Haji Abu Bakar dan kemudian majlis diteruskan dengan penyampaian pingat-pingat kepada para penerima yang disampaikan oleh Pesuruhjaya Polis PPDB, Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al Islam.
Penganugerahan pingat berkenaan merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada para penjawat awam yang berkhidmat melebih 20 tahun.
Di samping mempunyai rekod perkhidmatan yang baik, pengiktirafan ini juga dapat meningkatkan dan menyuntik motivasi para penerima untuk terus mencurahkan bakti pada kerajaan dan negara.


Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
