BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa 19 Mac 2019 – Balai Polis Pusat, Pasukan Polis Diraja Brunei telah menghadapkan seorang tertuduh ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan atas kesalahan pekerja mengambil harta milik majikan. 

Tertuduh merupakan seorang lelaki warganegara tempatan bernama Mohd Hairol Husne Hj Zakariah berumur 29 tahun dan bekerja. 

Tertuduh akan menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 381 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu Kerani atau pengkhidmat mencuri harta milik tuannya yang mana jika sabit hukuman tertuduh hendaklah dihukum penjara selama suatu tempoh yang boleh sampai 7 tahun dan denda. 

Hasil daripada perbicaraan, tertuduh telah tidak mengaku bersalah dan pihak mahkamah telah menetapkan bagi sebutan kes selanjutnya pada 20 Mac 2019. 

Dalam pada itu, Pasukan Polis Diraja Brunei ingin menyarankan kepada masyarakat awam agar tidak terlibat dan terjerumus dengan sebarang kegiatan-kegiatan yang menyalahi undang-undang kerana akibatnya akan merosakkan kebahagiaan dan masa depan individu itu sendiri, keluarga dan generasi di masa yang akan datang. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI