BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu 9 Mac 2019 – Operasi Sekatan Jalanraya telah dijalankan di kawasan Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (RIPAS) Kg Sg Kebun dan operasi ini adalah bertujuan bagi pencegahan dan menurunkan kadar jenayah di Negara ini.
Operasi tersebut diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Kampong Ayer, Inspektor Hamdan bin Mantul beserta enam (6) anggota Balai Polis Kampong Ayer.
Hasil semasa operasi berkenaan telah menahan sebanyak lima (5) buah kenderaan bagi di jalankan Stop & Search dan tidak ada menemukan sebarang kesalahan yang melibatkan jenayah dan lalulintas.
Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) sentiasa mengingati kepada orang ramai agar berhati-hati semasa memandu dan sentiasa mematuhi peraturan di jalanraya bagi memelihara keselamatan pengguna di atas jalan raya dari masa ke semasa.

Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
